CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, April 02, 2011



                                      ADAM..



Duhai Adam....
Kami kaum hawa diciptakan bukan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja..bukan pula dari kaki untuk dipijak & dijadikan hamba sahaya..tetapi daripada rusukmu, dekat dengan dada untuk dilindungi.. dekat pula di hati untuk disayangi... kami kaun hawa juga ibarat rusuk nan rapuh & bengkok.. perlu berhati-hati untuk kau luruskan.. Lantaran itu, kehadiranmu bukan untuk menunjukkan cengkaman kuku yang tajam di kaki, bukan juga mengugut dengan paruh yang berbisa... tetapi, supaya direnung bersama bahawa antara kita perlu sentiasa perbaiki diri...
Kau terbang bebas dalam duniamu.. ibarat sang helang yang gagah melayar sayap di ufuk timur.. berani. Kami kaum hawa umpama sayap kirimu itu. Lantaran tinggi nilaimu itu, kau terbang setinggi-tingginya meredah awan, tanpa ada tembok yang membatasi, tanpa ada dinding yang menghalang. Biarpun kau umpama helang yang gagah perkasa & raja udara yang unggul di awanan, namun.. andainya sebelah sayapmu kuat & sebelah lagi tergeliat, kau tidak akan mampu menongkah ribut yang menggila, mengikut haluanmu... Berat untuk kau menghadapinya dengan sayap kananmu cuma...

Adam Mujahidku...
Kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku, memerhati & mengawasi aku agar sentiasa dalam redha Tuhanku & Tuhanmu... tetapi, rata-ratanya kami dibiarkan terumbang ambing tanpa haluan... Malah, engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku. Adam.. kau sebenarnya Imam & aku makmummu... Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku. Kau punya kelebihan akal, manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.. Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan..
Oleh itu adam, pimpinlah.. bimbinglah aku kerana aku sering lalai & alpa sehingga ditolak sorong oleh nafsu & kuncu-kuncunya.. Bimbinglah aku untuk menyelami kalimah Allah.. perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku... Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah SWT....
Waspadalah Adam... usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi.... Wallahualam....



0 comments:

Post a Comment